CiNtAi DiA yG CiNtAi Kita

berapa ramai dari kita yang pernah putus cinta? aku percaya, dalam sepuluh orang, sembilan darinya pernah putus cinta.. ye dok? heppp.. baik mengaku sekarang..

aku nak tanya sikit ni. masa zaman-zaman korang bercinta, pernah tak korang bilang pada diri sendiri begini:

dia cintaku yang terakhir. aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama..

pehhh ! hindustan habis ! bajet cinta suci la kan?
kemudian ditakdirkan kau bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini. kau kecewa. kau merana. kau bawa hati yang luka. lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia. kau mahu tutup pintu hati engkau. sungguh-sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun.



kau rasa, kau bahagia kalau kau buat begitu?

cuba lihat pula hidup lelaki yang buat hati engkau sengsara, apa kisahnya? hidupnya baik-baik saja. dilingkungi teman-teman keliling sedang engkau mengisolasikan diri, makan entah ke mana, kerjaya juga kau abai begitu sahaja. hidup engkau sudah tidak serupa hidup. kau penjarakan hati dan jiwa engkau demi lelaki yang tidak mampu beri engkau bahagia walau untuk secebis pun.

seandainya ada antara kamu orang yang sebegini rapuh, tolonglah bangkit kembali dan jadi kuat demi untuk bahagia kamu sendiri. bahagia itu kita yang corakkan. bebaskan diri dari belenggu cinta yang sia-sia. tuhan tidak akan pernah berkata tidak kepada setiap permintaan kita. semua akan diperkenankan. cuma lambat atau cepat sahaja yang membezakannya.

aku mengaku, dahulu aku pernah serapuh itu. tapi kamon lah ! sebenarnya pada permulaan fasa kecewa sahaja kita jadi manusia yang serapuh-rapuh manusia. tapi, seiring dengan masa yang berlari, kau akan pulih. kau akan jadi perempuan yang lebih kuat. dengan syarat, kau jangan jadi perempuan bodoh. kau mesti bina kekuatan untuk bergerak ke hadapan. kau mesti kena ada usaha untuk melupakan. jangan terus membelenggu diri engkau dengan cinta yang bajet-bajet suci, setia membuta tuli. cuba kau amat amati semula... apa berbaloi meletakkan setia kepada lelaki yang tidak cintakan kita?

tahu tidak apa penawar yang paling unggul?
penawar yang paling unggul itu adalah doa..



engkau akan kecapi manisnya nanti selepas pahit
akan tiba bahagia selepas air mata

pada suatu waktu yang benar-benar tepat, di suatu tempat yang benar-benar indah, tuhan akan hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup engkau, mampu membuatkan engkau bahagia dan merasa terwujudkan. bonda pernah bilang, cintailah dia yang lebih menyintai engkau, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta engkau terhadap dirinya. setelah itu nanti kau akan merasa lebih bahagia.

aku akui kata-kata bonda. bonda benar..

:)

jangan layankan sangat merana dan lara hati itu lama-lama. bila hadir saja insan yang mampu membahagiakan engkau, hargai lah dia, bersyukur dengan segala kurnianNya.

jangan teringatkan sangat akan cerita semalam yang telah jadi sejarah, jangan pula terlalu obses menilik masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti akan terang-kelamnya, malah berbahagialah dengan hari ini yang telah tuhan kurniakan untuk kita.

origin from here

No comments: