iKhLaS, ReDhA, SeNyUm

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu
Berterima kasihlah pada orang yang telah…
☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..
senyumlah Ikhlas, Redha & Tersenyumlah
Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya icon smile Ikhlas, Redha & Tersenyumlah

muslimahWanted Ikhlas, Redha & Tersenyumlah

jAtUh CiNta keRaNa AlLaH @ NaFsU?


Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta.
.
Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.
.
Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
.
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
arnab Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.
Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. icon smile Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu
Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.
Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya.
Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. icon smile Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu
Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau. Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
h41 17258477 Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.
Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? icon smile Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu
Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
jatuh cinta kerana allah atau nafsu Jatuh Cinta Kerana Allah Atau NafsuSumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya.
Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.
Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya.
Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya.
Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan. icon smile Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu

SaLaM AiDiLfiTri BaKaL sUaMiKu


Kuhulur sepenuh kasih,
rindu mekar,
buat dikau bakal suamiku,
di kemeriahan Aidilfitri mulia,
meskipun di kejauhan,
semoga berbahagia..
rayacard09120801 Salam Aidilfitri Bakal Suamiku

Selamat Hari Raya bakal suamiku,
buah hatiku yang manis,
yang adamu sentiasa,
membuat langit ku biru,
dan awan menggebu putih,
pohon teduh..

Kau dihatiku,
bagai lukisan indah,
yang tergantung dikamar sepi,
untuk selamanya,
mewarnai mimpi mimpi,
di daerah perkasihan,
2439829232 3c4d6439c3 Salam Aidilfitri Bakal Suamiku
Maafkan aku,
jika aku bersalah,
terhadapmu,
dan tidak menyedari,
akan kesilapanku itu,
sebenarnya,
kau lah,
antara kesabaran penuh,
bagai cahaya permata hijau,
gemilang sentiasa,
memancar di perlembahan,
di subur perkebunan..

Kekasih hatiku,
maafkan aku kerana,
sering membuat sangka,
menjadi keliru sentiasa,
sering membuat calar,
hatimu terguris pedih pilu luka..
6ef90aaamathariraya Salam Aidilfitri Bakal Suamiku
Tapi untuk selamanya,
kau telah hadir di dalam hidupku,
dan ada sesuatu yang teristimewa,
yang pernah kau bawa selama ini,
telah mencetuskan,
kemeriahan cinta,
begitu berharga..

Sayangku,
bakal Suamiku,
Semoga di tahun hadapan,
kita akan meraikan bersama,
Syawal keberkatan,
InsyaAllah..

TiKeT BaS

ha,,
nk cite sal tiket bus ni...
taw nape...??
sbb da nk blek u dah x lme ag.
huhuhu

ni la koleksi tiket 


dari sebelum raye smpi la
nk balek u...

tiket 1st tue,,,
b'tarikh 26/8
tarikh adeq ku blek dri PTSS
(politeknik tuanku syed sirajuddin)

yg bwah 2 pn die pny jgak....
tau nape???
sbbnye kalo x ainol balek 28/8
tp dsebabkn kelas die abes awl..
n ad membe die nk jual tiket 26/8..
so,, die blek awal...
n tiket die 2 x dpt nk djual blek..
so kne simpan n d frame kn
hahahhahaha

pastue tiket yg ke3
tiket tok balek ke PTSS..
sume 2 ainol yg punye...
utk tket die sowg je 
da RM210..

then tiket yg last skali 2..
tiket aku...
tiket blek ke u..
huhuhu

hurm,,,,
tibe2 rase cm x cye je da nk blek u..
ase cm kjap je mse b'lalu...
huahuahua....

ni la k'nyataan yg hrus mak n ayh aku trime
2 anaknya kini m'jd anak perantau.
jauh merantau nun d utara...

PeReMpUaN sEkArAnG tAk MaLu

pergh,,,
sape bace tjuk entri ni mmg t'sentap..
aku pn perempuaan jgak..
mao x nye aku t'sentap..
btol ke permpuan skrg x malu??
jwpannye ad pda dri prmpuan 2 s'dri..

jom lyan artikel dri ILUVISLAM ni..


"Cuba tengok pokok ni. Apa nama pokok ni?"  Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.
"Pokok semalu."  Serentak mereka menjawab.
"Wah! Pandai adik-adik mu'alim ni. Siapa tahu apa kelebihan pokok ni?"  Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan darinya.
"Hmm. Susah la soalan tu. Oh, ya tapi Zaki rasa mungkin sebab dia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni kat Zaki," jawab  Zaki seorang penghuni rumah anak yatim yang baru berusia dalam lingkungan 10 tahun dengan bersemangat.

"Bagi saya. Pokok semalu ni macam prempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Begitu lantang sekali Siddiq mengutarakan jawapannya.
"Aduhai, cute sungguh adik mu'alim ni. Betul jugak jawapan Zaki tu. Kalau antum semua nak tahu, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ni? Boleh bagi contoh tak, emm... Siddiq?"  Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian pada kelas yang sedang berlangsung itu. Mungkin kerana umurnya lebih tua daripada kanak-kanak lain yang tinggal di Darul Izzah ini. 17 tahun, pasti jiwa remajanya bergolak, tambahan pula dia baru sahaja ditempatkan disini setahun yang lepas setelah kematian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Wah, bagus jawapan tu. Cuba Siddiq terangkan kenapa Siddiq kata pokok semalu ni macam perempuan?"  Faris Haikal menduga pemikiran anak muda itu kerana teruja dengan jawapan yang diberikan sebentar tadi. Jawapan yang lantang itu cukup tersembunyi dengan makna yang tersirat.
"Yela, perempuan kan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok ni pulak kalau kita tengok, bila kita sentuh je dia tertutup. Ini menunjukkan yang dia nak 'protect' diri dia. Tapi, perempuan zaman sekarang kebanyakannya muka tak tahu malu!"  Bukan main tegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.
"Betul! Pokok semalu ni orang ibaratkan seperti wanita. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan punyai sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh lelaki ajnabi. Kalau orang nak sentuh, dia akan melindungi dirinya sengan segera, maka itulah yang dinamakan malu," terang Faris Haikal sambil mengukir senyuman.
Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.
"Oo..tapi, kalau pokok semalu ni dah tutup tapi orang masih nak pegang dia macam mana mu'alim?"  Aiman yang sedari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum lembut.
"Tangan orang yang degil itu akan luka sebab pokok semalu ni ada duri!"  Faris Haikal menangkis hujah Aiman menggunakan pendekatan yang berhikmah.
"Habis, kalau orang tu cabut pokok ni macam ni?" Soal Aiman sambil berdemo seakan-akan dia ingin mencabut pokok semalu tersebut dengan tujuan untuk melontar provokasinya terhadap jawapan Faris Haikal.
"Dia akan dihukum oleh Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!"  Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepakan tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya. Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan ibrah yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing giat berfikir tentang ilmu alam.Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermaknabuat manusia sejagat.

GLOSARI


Mua'lim - Guru lelaki
Antum - Kamu semua
Ajnabi - Bukan muhrim
Ibrah - Pengajaran
Sunnatullah -  Kejadian yang dijadikan Allah

-Pelihara lah aurat kita wahai muslimah! pelihara ia dengan sebaiknya seperti yang telah diajar oleh ajaran Islam yang indah-
 tersentap x bace..???
kalo pk btol2 kn,,,, mmg rmai yg x malu...kalo x cye tgk je la frend kt fb 2.... ad je yg post gmbq free hair la,,pkaian pn juz pkai singlet je la... ke mane pergi rase malu diorg???aku pn bkn la baek sgt..tp aku msih pny rase malu...ape function msuk kn gmbr2 cm2??? nk tnjuk yg diri ko 2 seksi,cntik???
simpn2 je la,,,tnjuk kt suami kowg je,,,
p/s: tepuk dada tanya selera...

aNgGuN pEsOnA aUrAt TeRpEliHaRa


suke sgt2 bce artikel kt i luv islam,,,
so,, meh jom aku kongsikn knowledge yg aku dpt utk igtn b'same

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.
Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian.
Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.
Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur: 31]

Bapa kandung

Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;
  1. Bapa mertua
  2. Bapa susuan
  3. Anak kandung
  4. Anak tiri (yakni anak suami)
  5. Anak susuan
  6. Saudara lelaki kandung
  7. Saudara lelaki susuan
  8. Anak saudara lelaki
  9. Bapa saudara
Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat  dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.
Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?
Di mana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]
Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke Neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..
01.Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.
02.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di Akhirat nanti.
04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di Akhirat kelak.
Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke Neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke Neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.
Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, Syurga terbentang sedia, masih Neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.
Wallahu'alam.