PaNdUaN cAri JoDoH Yg BaEk

Hate Choosing    by Bubel Coyot Panduan Mencari Jodoh Yang Baik
Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi dalam proses mencari pasangan hidup, kita dibenarkan untuk merisik pasangan hidup kita. Sebenarnya merisik dianjurkan supaya tak tersalah pilih.

Untuk lelaki yang mahu mencari bakal isteri..

(1) Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasak – masaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada bujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk wanita yang mahu menerima cinta lelaki..

(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya ketika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerana aurat suami itu hanya layak dilihat oleh si isteri.

(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih mahu memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

No comments: