Pernahkah kau merasakan ingin menjadi kekasih yang dikasihi.
Dari seluruh rasa.
Tiada satu ataupun dua.
Dan menjadi pencinta yang dicintai...
Bila saja aku ditemukan dengan sebuah bahgia,
ianya selalu seketika.
Telah aku rasai sebuah kehilangan dari pemergian yang tiada pulangnya.
Perpisahan yang tidak lagi ada pertemuannya.
Mengasihi tetapi tanpa balasannya.
Kini dikhianati dari seluruh keyakinan yang tiada tepinya.
Dimana silapnya?
Pada pertemuankah...
pada kepercayaankah..
pada harapankah..
pada kesungguhankah atau pada kebodohan aku..
terlalu ingin menjadi kekasih yang dikasihi.
Sedangkan,menyanyi tanpa melodi..
sumbang dan pincangnya bunyi.
Aku tanyakan pada dirku sendiri..
apa nilai airmata yang terlerai dari untaian ketabahan yang dimiliki?
Apa maknanya kesetiaan yang tercela dari gagalnya untuk setia?
Apa rasanya bila merelakan sebuah perpisahan sedangkan impian sebesar dunia?
Apa kekuatan yang ada untuk terusan dilukai..
sedangkan hati begitu ingin menjadi kekasih yang dikasihi.
lalu jawab hati..
tiada nilai airmata itu baginya,lantaran itu ia terus mengalir.
tiada maknanya setia itu untuknya kerana diriku bukanlah sesiapa dalam hidupnya.
tiada rasa perit bagi dia bila perpisahan melanda ..
kerana telah lama terisi ruang yang tersedia di hatinya.
Jangan mengharapkan kekuatan dari sebuah kehancuran..
jika itu telah Tuhan tentukan.
Aku akan bangun sendiri dari jatuhku,walau sakit sekali.
Aku akan belajar berlari di dataran yang sememangnya sepi,
walaupun telah tempang sebelah kaki..
Aku kan cuba mendongak ke langit sekalipun telah jatuh dari tempat yg tinggi.
Aku masih mampu melihat melalui mata hati,
sekalipun aku membutakan diri menyaksikan bahagiamu.
Aku tidak akan menyambut lagi tangan andai ada yang ingin berdiri disisi.
Kerana...biarlah aku begini.
Enggan terus kecundang lagi dalam harapan ...
Mahu menjadi kekasih yang dikasihi.
Pencinta yang dicintai...
No comments:
Post a Comment