BiArLaH aKu DiAm…

Mungkin inilah kali 
terakhir aku singgah 
di medan coretan ini 
walau hatiku berat
sarat dengan rindu
yang mengikat hati 
namun biarlah aku pergi

Seketika aku terpaku
bila tusukan tajam 
merobek hati 
namun biarlah luka 
yang berdarah kelak
hanya tinggal parut
yang nantinya 
bakal menjadi tanda
betapa pahitnya sebuah luka

aku sering keliru 
dengan semua masalah
yang seolah terlalu cemburu
untuk membiarkan aku 
sendiri tenang dalam peraduan di ranjang ini
mungkin inilah takdir-Mu Tuhan

Ya Tuhanku aku
terlalu letih dan penat
izinkan aku istirehat
agar dapat ku rehatkan lelah nafasku
yang semakin tenat menghunjat diri
moga nanti angin yang memburuku
akan berhenti dari terus memburuku

Insan doakan kesejahteraan 
buat diriku insan sepi ini 
andai ada dosaku 
kepada kalian 
ampunkanlah semuanya 
kerana aku ingin tenang
dalam pelukan Baghwan 
empunya swarga 

Biarlah aku diam….


No comments: