SaLaM AiDiLfiTri BaKaL sUaMiKu


Kuhulur sepenuh kasih,
rindu mekar,
buat dikau bakal suamiku,
di kemeriahan Aidilfitri mulia,
meskipun di kejauhan,
semoga berbahagia..
rayacard09120801 Salam Aidilfitri Bakal Suamiku

Selamat Hari Raya bakal suamiku,
buah hatiku yang manis,
yang adamu sentiasa,
membuat langit ku biru,
dan awan menggebu putih,
pohon teduh..

Kau dihatiku,
bagai lukisan indah,
yang tergantung dikamar sepi,
untuk selamanya,
mewarnai mimpi mimpi,
di daerah perkasihan,
2439829232 3c4d6439c3 Salam Aidilfitri Bakal Suamiku
Maafkan aku,
jika aku bersalah,
terhadapmu,
dan tidak menyedari,
akan kesilapanku itu,
sebenarnya,
kau lah,
antara kesabaran penuh,
bagai cahaya permata hijau,
gemilang sentiasa,
memancar di perlembahan,
di subur perkebunan..

Kekasih hatiku,
maafkan aku kerana,
sering membuat sangka,
menjadi keliru sentiasa,
sering membuat calar,
hatimu terguris pedih pilu luka..
6ef90aaamathariraya Salam Aidilfitri Bakal Suamiku
Tapi untuk selamanya,
kau telah hadir di dalam hidupku,
dan ada sesuatu yang teristimewa,
yang pernah kau bawa selama ini,
telah mencetuskan,
kemeriahan cinta,
begitu berharga..

Sayangku,
bakal Suamiku,
Semoga di tahun hadapan,
kita akan meraikan bersama,
Syawal keberkatan,
InsyaAllah..

No comments: